Sunday, September 26, 2010

KEMAHIRAN BELAJAR

Kepentingan kemahiran belajar


  • Meningkatkan daya belajar dan daya intelek.

  • Memupuk disiplin belajar.

  • Mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat.

  • Meningkatkan daya ingatan.

  • Pengurusan masa yang berkesan.

  • Memantapkan pembelajaran individu.

  • Mencapai cita-cita dan matlamat diri.

  • Membina budaya belajar yang betul dan berkesan.

  • Meningkatkan pencapaian individu.

Gangguan


  • Tidak memberi tumpuan.

  • Kurang berminat sesuatu mata pelajaran.

  • Berbual-bual semasa pembelajaran berjalan.

  • Membuat angapan negatif “Tajuk ini tidak menarik” “Tajuk ini mudah/membosankan”

  • Sedang berkhayal.

  • Emosi terganggu.

  • Bunyi bising.

  • Tidak cukup tidur.

  • Sikap diri.

  • Penyampaian guru kurang memuaskan.

 Apa yang diperlukan bagi mendengar dengan berkesan


  • Kawal tumpuan dan pemerhatian anda.

  • Tingkatkan minat kepada semua mata pelajaran.

  • Elakkan berbual-bual semasa guru menyampaikan maklumat.

  • Jangan malu mengemukakan soalan apabila anda tidak faham.

  • Berikan tumpuan sepenuhnya kepada tajuk yang sedang dibincangkan.

  • Sentiasa berfikiran terbuka “open mind”.

  • Jangan hiraukan / layan gangguan otak. Duduk dengan penuh minat.

  • Anda perlu mendengar, bukan menilai.

  • Membaca terlebih dahulu bahan yang hendak diajar oleh guru.

  • Mencatat isi-isi penting menggunakan perkataan sendiri.

No comments:

Post a Comment